Tuesday, August 23, 2011

.: i like dis Raya song = Rindu Raya by Spider :.

Di hening pagi mulia ku melayari sepi
Sementara tangisan menitis tak kusedari
Terbawa angan mengetuk daun pintumu kasih~
Memohon maaf sekian kali
Setelah jauh terpisah baru ku mengerti
Sungguh sinarku tercari-cari selama ini
Terlalu hampir hingga mengabur mata hati
Tanpamu tak bisa ku berdiri
Mengecap keindahan alam fana ini
Apalah lagi hendak untuk menyulam cinta Illahi
Ketika takbir hari raya~
Seluruh umat bergembira..
Tersentuh jiwa sedang lara
Dibelai rindu tak terkata
Di hari raya~

Friday, August 19, 2011

:: Tersalah ejaan~ ::

jom~belajar A.B.C
Salam olls~

Dok tengok2 entry yang lama2.. bile baca balik rasa cam kelakar la pulak..
Tergelak sorang-sorang bile terperasan ejaan kat entri yang tak berapa nak betol..
Nak tulis semalam tapi pi taip "semalan" pulak..
Adoiii.. Malu lah orang baca.. haha!
Macam-macam ko ni kan Gadis.. orang menulis blog ko pon nak tulis blog..
tapi bab ejaan tak ambil berat  langsung~
Nasib baik blog ni tak ambil markah bab ejaan kan.. Huhu~
Kalau tak... Sah-sah dah Gadis failed!
Masa SPM dulu tak de la pulak jadi macam ni~ Fuhhhh~ Untung BM lulus masa SPM dulu..
Alahai.. Sebenarnya bukan Gadis tak pandai sangat mengeja ni.. Tapi disebabkan dek masalah teknikal sikit..
Maklumlah, masa meng'update' entri selalunya lewat-lewat malam.. So, mata dah ke lain.. Tangan da ke lain.. Tu yang sampai ejaan pon dah tak berapa nak betol..~Aiyaaaa..
Manyak problem ini olang maaa~..

Mood :: Membebel tangah malam.. (nasib baik takde laki.. lau tak laki boleh lari..)
P/S :: Jgn suke membebel lau tak nak laki lari.. huhu~
Sekian.Wasalam~

:: Hati di awan- awangan Sudah ~ ::

Salam oll..
Semakin hari semakin terlonjak-lonjak kegembiraan Gadis..
Oyeah!! harini dah 18hari kite suma berpuasa~ Lagi seminggu nak balik kampung..
Jumpa dengan yang tersayang.. Bonda~!
Tapi sedih pon ade.. Ramadhan sudah hampir ke penghujung~ Entah tahun depan masih dapat menikmati Ramadhan lagi atau tidak kan..~
Setakat ini, nasib baik Gadis berpuasa penuh lagi.. hehe (",) poyos je kan.. macam i sorang je yg puasa penuh...
Aihhhh... tak sabarnya nak alik kampong.. Buat biskot raya dengan Bonda~ pegi terawikh, bersahur dan berbuka dengan Bonda~
Nikmat tak terkata..
Menghitung hari untuk balik kampong~
Balik kampong~Oooooo~Balik kampong~...
Kepada kengkawan yang join Gadis sekaki sepayung balik kampong tu hati-hati dijalan raya oke!
Bagi yang bawa kenderaan tu.. Ingat yang tersayang menunggu dikampong.. Jangan don drive lelaju sangat~
Dan yang balik dengan kenderaan awam, semoga perjalanan selamat sampai yer!~
Mood :: hati diawan-awangan sudah!
Sekian. Wasalam~

Thursday, August 18, 2011

:: Nasib baik tak muntah Hijau~ ::

Salam kengkawan..
Jgn pelik dengan tajuk entry Gadis arini.. Jgn jugak u all nak muntah hijau jugak ok.. Ingat puasa tau (",) ..
Ouhh.. muntah hijau?.. Pasai apa la yg sampai nak termuntah hijau ni kan~
Haa.. Ni la perkataan dari cikgu Aziz, cikgu memandu Gadis ^^~ ... hehe
Eh.. Eh.. Lupa nak gitau Gadis la ni tengah dok buat lesen memandu Motor ngan Keta kat Malau..
Tak tau ek Malau tu kat mane?.. kat Jitra yer buah hati Gadis sekalian..~
Maklumla, sekarang ni kat Ramadhan.. Buat keje sikit pon dah penat samapi berpeluh-peluh..
Semalan, Gadis ada latihan keta 2 jam.. Habis je kelas pukul 1, kena pegi hantar cik Ieka ke stesen bas Shahab dulu.. nak balik kampung kt Sik..
Then, pecut pulak motor balik jitra.. Sebab latihan start pukul2.. Hak tu pon penat tak terkata dah..
Tak sempat rehat kena pegi latihan pulak.. Bayangkan~
Adus.. Adus... Ikotkan nak cancelkan aje latihan semalam.. Tapi, tak pe lah.. Tak mo nak manjakan diri sangat.. Ewah2..
Habis latihan, sampai rumah dah pukul 5.. Walaupun penat, sempat lagi layan cite Boys Before Flower kat 8TV.. ngeee~
Lepas pukul6, Gadis dah hilang ke kayangan dek kerana keletihan yang amat...
Sebelum balik latihan, Cikgu Aziz ade tegur kenape nampak tak larat sangat.. Oleh kerana Gadis seorang yang peramah, dari A-Z eden cerita  haa~ hehehe
Maka, bicara Cikgu memandu Gadis yang prihatin itu~ "Ermm.. nasib baik tak muntah hijau Cik Nad kite ni ligan masa~"...
hehehe.. Dengan muka dah macam cipan~Gadis melemparkan senyuman yg amat manis...
Sedar aje dari tido~ dah pukul7.15.. Lastly, beli aje nasi kat bazar~ Tak masak dah! Kalut.. Dah makruh den puasa den tido sampai waktu nak berbuka~Cian kan kan kan!
Berjuang untuk dapat P pulak... hehe :D

Mood :: Kepenatan yg amat~ tapi tak mau muntah hijau!
Sekian. Wasalam~

Monday, August 15, 2011

:: Mood = Otak Terburai~ ::

Salam bloggers..
Ce tengok jam kat dinding.. Ce tengok.. Ce tengok..
Haa~ Dah pukul 1.37 pagi kot.. Dan Gadis masih lagi mengadap laptop kesayangan ni dengan penuh kerutan
kat muka ni.. Kalah nenek yang umur 70tahun tuu wa cakap lu~
Apa pasai la kan muka sampai boleh berkerut macam tu sekali.. Herm~ tak lain tak bukan...
Opppp Cos la disebabkan final projek Gadis.. Sistem Pengurusan E-Dobi...
Yang ni la... Natang ni la yang dok buat hidup Gadis jadi haru... Mandi tak kenyang, makan tak basah..
Nak cari idea proses sistem ni punya susah der!.. Kalau otak ni boleh tercabut.. Dah lama otask Gadis ni
cabut cari.. Tak mau dok dah lam kepala ni haa.. Ohh kesian otakku.. Sabarlah wahai otak..
Gadis tak terniat pon nak membebankanmu~ huhuhu
Macam2 yg Gadis kene pikir pasal sistem ni.. Termasuk sekali ngan bab akauntan yang tak
pernah2 Gadis belajo haa~... Tetiba pulok keno belajo untuk buat perbelanjaan kuar masuk dobi tu.. Adiyaii.. Memang semak kepala..
Itu belom lagi masok Codingnya haa~ boleh meleleh darah keluar dari hidung ni...
Tapi, takpe.... Gadis takkan lemah semangat.. Tabah dan terus berusaha siapkan sistem ni sampai ke masa
yang telah disiapkan.. Oyeahhh~ Go baby Go!!!!!!

Mood :: kalau dapat otak2 udang time2 macam ni pon best jugak kn.. Ngeee~ Slllrpppp
Sekian.Wasalam~

Thursday, August 11, 2011

:: Berbuka Time! ::

Salam Olls...
Arini Gadis nak update gambo berbuka...
Terbaik dari ladang~ hehe...
Tak de lah... Gadis just nak share ngan member bloggers yang semalam Gadis  berbuka kat Hospital...
Oh God! Jangan terkejut naa~ Nothing happen to me~
Kami pergi malawat akak cik Ieka je.. Yang dah overdue nak bersalin...
dah lewat 7 hari kot.. Semoga semuanya selamat lah Gadis doakan~
Semalam dah terbukak 2cm untuk baby keluar.. tapi akak cik Ieka macam ok lagi~
Tak sakit sangat la..
Semoga Tuhan permudahkan dia untuk bersalin kn.. Maklum lah orang perempuan ni, kalau nak bersalin
ibarat bertarung nyawa...
Oleh kerana waktu melawat dari pukul 4.30 hingga 7.30, kami agreed berbuka kat cafe hospital alor star tu je la...
Budak mkn banyak~

Cik Aida yg sweet~

Cik Ieka yg lemah lembut~




Mood :: berbuka kt mana2 pon xpe... janji kenyang! ngeee~
Sekian.Wasalam~

Monday, August 8, 2011

:: Geram Yang Amat!! ::

Salam Blogers..
Arini jiwa panaih.. Ati panaih..
Nak tau sebab ape?.. Sebabnya, Lecturer dok main nyorok2 ngan kami dak2 clas DIP6 ni..
Class kami arini pukul 11pagi~ dah elok bersiap cun melecun..
Dah sampai poli, dah parking baeeek punya keta... Berjalan sapai 2km...
Dapat pulak mesej.. "CLASS CANCEL".. waaaa.. panaih ati! panaih ati!..
ok.. takpe~ Jom alik rumah.. Bulan puasa yg mulia ni tak elok marah2 an..
Next clas pukul 2petang pulak.. Sampai je rumah, tukar baju..
Siap2 nak gi tangkap gambar pasport.. untuk lekatkan kat lesen L.. hehe Baik punya!
Dah settle segala hal.. Alik rehat kat umah sementara tunggu clas pukul 2petang ni pulak..
Dengan cuaca yg panas terik, nak tido di siang hari yg memang peberet Gadis pon xboleh..
Sakit kepala... Dah sampai pukul 2, siap2 gi clas.. Meredah panas yg membahang dan membakar kulit...
Sesampai je kat parking, jumpa classmate.. Dia bagi isyarat tangan tanda "TAKDE CLASS" dari jauh agi...
Aiyaaaaaa! panaih Jiwa! panaih jiwa!
Dah la cuaca yg panas terik arini.. Dok pi mai pi mai tang tu pulak.. Plus, puasa pulak...
Aduhhhhh! Rasa macam nak pegi cari air tembikai yg fresh je untuk diteguk!...
terbaik dari ladang!
Mood :: Dahaga yg amat.. Lambatnyer nak berbuka! Adoi...
Sekian.. Wasalam~

Friday, August 5, 2011

:: Rindu pada Syurga ku ::

Salam.. Morning alls..
Huhhhhh... Malam yg sunyi sepi ni... Xley nak lelap kan mata pulak..
Ini yg membuatkan fikiran Gadis pun mula la melayang ke merata-rata tempat..
Dan akhirnya singgah ke kampung halaman yg tercinta sambil menatap wajah
suci pemilik Syurga Gadis yg sgt Gadis RINDUI !!!
Ouhhh.. Bonda tersayang~
Di bulan Ramadhan yang mulia ni terpaksa pulak Gadis berjauhan dgn bonda kerana Gadis adalah anak perantau yg mencari ilmu..
Bak kata Nabi Muhammad s.w.t, mencari ilmu biarlah sampai ke negera China~ tapi
Gadis bukannya merantau jauh mane pon.. Dalam Malaysia ni jugak.. heee~~~
Over je lebih sebenarnya! heeee... Tapi rindu pada Bonda tercinta tu memang betul2 bertandang di hati..
Rindu nak menatap wajah suci itu!
Rindu untuk berpuasa bersama Bonda!
Rindu nak berbuka dan bersahur bersama!
Rindu juga nak pergi terawikh bersama!
Arghhhhh! Bonda... Rindunya~~~ Adakah Bonda juga  merindui Gadis pada ketika ini?
Semoga tidor Bonda lena dibuai mimpi yang indah dan dalam keimanan hendaknya..
Bonda sambutlah salam kerinduan dari anakanda ini.. Mmmmuaaaahhhh!
Aduhhhh.... gimana bisa tidur ni.. Pusing kanan wajah Bonda..
Pusing kiri pun wajah Bonda~
LOVE YOU SO MUCH, Bonda!!!!

Syurgaku~

Mood :: Kerinduan yg teramat!><
Sekian.Wasalam~

:: Wanita ^^~ ::

~Dengan kecantikanmu,
engkau lebih elok dari matahari..
~Dengan akhlakmu,
engkau lebih wangi dari haruman..
~Dengan rendah hatimu,
engkau lebih tinggi dari rembulan..
~Dengan kelembutanmu,
engkau lebih halus dari rintik hujan..
~Kerana kamu ,
seorang wanita...!


Mood :: Menghargai diri sendiri dan wanita seluruh dunia.. nggeeee~
Sekian. Wasalam~

Thursday, August 4, 2011

:: Pesan Pada Diri ::

Pesan pada diri..
Jangan tersalah memberi hati pada insan yg tak sudi..
Pada insan yg tak mengerti..
Kerana..
Sekali kau memberi,
selamanya dia di hati..
Sekali kau dilukai,
sampai mati tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri..
Berhati-hati dalam memberi hati..
Sebab ia hanya untuk insan yg tahu menghargai
betapa tingginya nilai
Sekeping Hati...

Mood :: Jiwang dipagi yg  hening~
Sekian.Wasalam~

Monday, August 1, 2011

:: Duit oooo Duit ::

Salam guys...
OUhhhh... gadis sedang pening sekarang memikirkan tentang duit...
Ahhhh.. Duit lagi.. Duit lagi..
Bikin idop eden xsempurna jer tanpa duit.. Duit pinjaman PTPTN sudah hampir kekeringan dek kerana shopping yg xxhenti2?...
Erk?? benarkah itu?.. Oh semestinya la tidakkkk... Gadis xkan membazirkan duit macam tuuu.. Tak elok..
Duit gadis sudah makin kering dek kerana Gadis telah membuat lesen memandu untuk motor dan kereta...
oleh itu, duit yang ade sekarang xcukup untung menampung kehidupan eden di perantauan ini... huhu =I
Arap-arapnya ade la rezeki gadis nanti~~Amin...
runsing~













Mood :: Mata duitan &_& haha!
Sekian.Wasalam...

:: super senior ::

Assalamualaikum to all blogger..

How are u today.. ?
Ouhhh.. sudah lama xupdate blog ni.. Agak bersawang disini.. Hehe =I
Ermmmm.. arini sempena 1Ramadhan, gadis mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger..
Hope Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas2 hendaknya..
Semalam hanya sahur berdua ngan buddy gadis Cik Aida.. She's wake up in the morning and make a super delicious Nasi Goreng..
Thank God ade Cik Aida.. Nak harapkan gadis bangun awal2 pagi masak mmg untuk sahur mmg agak sukar! Haha! Teruk2! ..
Ahhh.. xtahu nak tulis ape... Dah lama tinggalkan blog.. Dah xpandai untuk menghurai ayat.. Hehe :D
Ouhh.. berkenaan dengan tajuk yang tertera di atas.. (Wahh ayat skema gila kowt ...!) Haha..
I'm on my last years at POLIMAS.. Dengan gelaran super senior dalam bidang Information Technology (Programming)..
Huhhhh.. must study hard untuk mendapatkan CGPA yg terbaik daripada yang terbaik.. dan menyiapkan projek akhir dengan jayanya..(Insyaallah).
Projek akhir gadis bersama partner Cik Ika is building a E-Doby Management System.. Interesting! but still tak yakin ngan kemampuan diri untuk menjayakan sistem tersebut..
Hope kami dapat mencapai objektif kami dalam menyiapkan sistem tu :) ...
Junior gadis pon begitu ramai sem ni.. Agak pening jugak nk kenal and nak ingat muka diorang sorang2..
But its ok la.. Kalau gadis xingat dengan muka diorang yang beratus2 orang tu, mesti diorang dapat ingat muka kami Super Senior diorang yang hanya 30 orang je ni... Haha.. Cikit an..
Nasib baik  la junior xbuli kami.. Jeng.. Jeng....

with Cik Aida

bowling~

guys ..

Menghargai masa-masa akhir dengan mereka yang tersayang.. My Buddies! ..
Tinggal beberapa bulan aje lagi untuk berseronok, bersuka-suki, berduka-duki dengan mereka..
 After that, kite sume akan membawa haluan masing-masing mencari kerjaya...
Apepun, hope perkenalan kite sume tak hanya sampai di POLIMAS..
Semoga berkekalan hingga ke akhirnya~~~~

Angels~

Mood :: Touching lebey =I
Sekian~Wasalam
Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...